Puasa Mengajar Erti Kesabaran

Posted: August 1, 2012 in Religion

Puasa ialah Rukun Islam ketiga bagi umat Islam. Puasa adalah wajib bagi semua umat Islam yg cukup syaratnya seperti akil baligh, berkemampuan (tidak uzur syar’ie), tidak gila dan merdeka.

Puasa di zaman millenium banyak perubahannya kerana bukan sahaja perlu menahan lapar dan dahaga tetapi umat Islam juga wajib menahan diri dari nafsu, amarah, keinginan yang melampau dan pelbagai lagi aspek rohani dan jasmani yang mendidik menjadi umat Islam yang taat pada tuhanNya.

Dalam menjalankan ibadah puasa, sering kita terlupa bahawa ada kalangan saudara seislam kita yang lebih tidak bernasib baik dari kita sendiri. Jika kita fikir diri kita sudah cukup susah kerana saban hari berbuka dengan nasi putih dan telur goreng, ada lagi saudara yang hanya mampu berbuka dengan meneguk air paip kerana kedaifan hidup mereka.

Di Malaysia, rahmat dan kurnia Allah S.W.T amatlah melimpah ruah dan bahana bencana alam juga amat jarang menimpa. Wajiblah kita rakyat Malaysia beringat akan kesengsaraan saudara-saudara kita yg berpuasa dalam pelbagai cabaran dan dugaan seperti perperangan di Palestin dan Syria, kebuluran di Afrika yang tidak sama sekali dapat mereka rasai seperti apa yang kita dapati di sini.

Allah amat menyukai hambanya yang menginfakkan hartanya ke jalan yang benar. Dan Allah akan membalas kebaikan dengan pahala yang berganda nilainya.

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s